1.
Diiringi dari kubur dalam keadaan tidak bertangan dan berkaki.
Kadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah S.W.T.:
“Mereka
orang-orang yang menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka. Mereka yang sombong
dan tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan di
dunia mahupun di akhirat.”
Firman
Allah S.W.T.: “Aku akan memalingkan hati orang yang sombong serta takbur di
muka bumi ini dengan tiada alasan yang benar dari (memahami) ayat-ayat Ku (yang
menunjukkan kekuasaanKu), itulah balasan dan tempat kembali mereka adalah neraka.”
2.
Diiringi dari kubur dalam bentuk babi hutan datang seruan Allah
S.W.T.:
“Mereka orang yang meringan-ringankan
solat sewaktu hidup, sesungguhnya orang yang memelihara solat 5 waktu akan dihindari
dari siksa kubur sebaliknya, mereka yang mengabaikan maka waktu dia mati,
mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk.”
Rasulullah
S.A.W. bersabda: “Sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk
bersolat, maka diletakkan semua dosanya di atas kepala dan kedua-dua bahunya,
maka setiap kali dia rukuk atau sujud, berjatuhanlah dosa-dosa itu.”
3.
Diiringi dari kubur dengan bentuk keldai dan perut penuh dengan
ular serta kala jengking.
“Mereka
adalah orang yang enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika
itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan.”
Inilah
balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.
4.
Diiringi dari kubur dalam keadaan darah memancut keluar dari
mulut.
“Mereka
adalah antara orang yang suka berdusta ketika berjual beli. Berniagalah dengan
jujur serta amanah agar hasil yang diperoleh datang dari sumber yg halal.”
5.
Diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai
ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman
padang mahsyar.
“Mereka
ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka, takut diketahui oleh
manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah. inilah balasannya dan tempat
mereka juga adalah neraka.”
6.
Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan
mereka adalah orang yang dahulunya menjadi saksi palsu.
7.
Diiringi dari kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah dan nanah
dari mulut mereka. Mereka ini adalah orang yang enggan memberi kesaksian
kebenaran.
8.
Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik, kepala kebawah dan
kaki ke atas. Mereka adalah orang yg melakukan zina.
Tempat
mereka juga adalah di neraka. Sabda Rasulullah S.A.W.: “Tiada bersunyi-sunyian
antara seorang lelaki dan wanita, melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga
antara mereka”.
9.
Diiringi dari kubur dengan wajah hitam dan bermata biru,
sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh mereka adalah orang yang
makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya.
10. Diiringi
dari kubur dalam keadaan tubuh berpenyakit sopak dan dipenuhi kusta. Mereka ini
adalah orang yang derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.
11. Diiringi
dari kubur dalam keadaan buta, gigi panjang seperti tanduk lembu jantan, bibir
terjuih hingga ke dada dan lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai
kotoran yang menjijikkan. Mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu
hidupnya.
12. Diiringi
dari kubur dengan wajah bersinar-sinar seperti bulan purnama. Mereka melalui
titian Siratulmustakim seperti kilat.
Datang
suara dari sisi Allah S.W.T. yang memaklumkan: “Mereka semasa hidupnya adalah
orang yang beramal salih dan melakukan kebaikan. Mereka juga menjauhi perbuatan
derhaka, memelihara solat lima waktu dan meninggalkan dunia dalam keadaan
bertaubat. Inilah balasan mereka dan tempat kembali mereka adalah syurga,
beroleh keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah S.W.T.”
Mudah-mudahan kita termasuk dalam barisan yang ke-12 tu. Amin.
ReplyDeletesama2 la kita brdoa padaNYA...amin
ReplyDelete