ingin berkongsi dengan pelawat2 sekalian iaitu berkaitan dengan
ayat seribu dinar. Ayat seribu dinar adalah ayat suci al-Quran yang dipetik
dari surah Al-Talaaq ayat 2-3 :
Firman Allah SWT yang bermaksud :
{2}……dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah
(dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah
akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),
{3} Serta memberinya rezeki dari jalan
yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa
berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk
menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala
perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi
berlakunya tiap-tiap sesuatu.
Diceritakan bahawa seorang saudagar telah membayar sebanyak
seribu dinar untuk mendapat ayat ini yang dikatakan fadhilatnya ialah mendapat
menyelamatkan pembacanya dari malapetaka. Di dalam perjalanan pulang, kapal
saudagar ini telah dipukul ombak dan beliau terus membaca ayat tersebut. Dengan
izin Allah SWT, hanya beliau seorang saja yang terselamat dari bencana itu.
Di antara kelebihan dan fadhilat ayat seribu dinar ini ialah :
* Di baca apabila kita hendak bertawakkal terhadap sesuatu
perkara.
* Menghilangkan keresahan bila di baca di waktu resah.
* Di baca ketika hendak menaiki kenderaan
* Jikalau dibaca ayat
ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si
pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 kali diberi minum, insya’Allah si
pesakit akan sembuh.
No comments:
Post a Comment