Sunday 2 June 2013

SOLAT SUNAT



Oleh Mohd Yaakub Mohd Yunus
agamabh@bharian.com.my
Tunaikan sembahyang pada malam hari dijanjikan 
kedudukan terpuji di akhirat. AMALAN solat sunat yang paling 
utama di sisi Islam adalah solat tahajud seperti sabda Nabi SAW:
 “Puasa paling utama selepas puasa Ramadan adalah puasa (sunat)
 pada bulan Allah, iaitu Muharam, sedangkan solat paling utama 
selepas solat wajib adalah solat malam (tahajud).
” Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Sahihnya, Nombor 1163.
Namun begitu hanya segelintir umat Islam pada masa 
kini yang prihatin dan mengambil peduli berkaitan pelaksanaan
 ibadat solat tahajud ini. Majoriti umat Islam lebih memilih untuk tidur.
Tahajud terbentuk daripada kata dasar hajada bererti
 tidur dan tahajjada bererti berjaga. Jika seseorang berkata: 
Tahajjadtu bermaksud saya membuang jauh perasaan ingin tidur dari diri saya.
 Al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani r.h berkata: 
“Imam al-Tobari menyatakan tahajjud berjaga selepas
 tidur terlebih dulu.
Menurut Ibn Faris: Al-Mutahajjid bermaksud
 orang yang solat pada malam hari. Menurut al-Kurra’
 pula, tahajjud adalah solat malam secara khusus.”
  Rujuk kitab al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani, 
Fathul Baari, jilid 6, ms. 203
Oleh itu, solat tahajud adalah solat sunat yang
 dikerjakan pada waktu malam, iaitu selepas
 mengerjakan solat Isyak dan sebelum masuk
 waktu solat Subuh. Namun, waktu paling utama 
dilaksanakan solat tahajud adalah satu pertiga 
malam terakhir iaitu bermula jam 3 pagi hingga 
masuk waktu Subuh.
Dalil disyariatkan solat tahajud ini adalah
 sebagaimana firman Allah SWT: “Dan bangunlah pada 
sebahagian dari malam serta kerjakanlah solat tahajud pada
 waktu itu sebagai solat tambahan bagimu
 semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkan
 kamu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.”
 (Surah al-Israa’: 79)
Abu Ubaidah menyatakan di dalam Kitab al-Majaz:
 “Maksud firman Allah kerjakanlah solat tahajud
 pada waktu itu ialah berjagalah pada malam hari
 untuk melakukan solat.”
 Rujuk kitab al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani, Fathul Baari, jilid 6, ms. 202
Dalil solat tahajud lebih utama dilakukan satu pertiga malam 
terakhir berdasarkan sabda
 Rasulullah SAW: “Rabb kita Tabaraka wa Ta’ala turun
 pada setiap malam ke langit dunia 
ketika masih ada baki satu pertiga malam yang akhir.
Allah berfirman: Sesiapa yang berdoa kepada-Ku
, pasti Aku akan memakbulkannya, 
sesiapa yang meminta kepada-Ku pasti Aku akan 
memberinya dan sesiapa yang memohon ampun
 kepada-Ku pasti Aku akan mengampuninya.”
Ternyata ibadat di dalamnya ada doa, permintaan 
dan permohonan ampun adalah solat.
Rasulullah SAW seorang insan dijamin Allah 
akan masuk syurga. Baginda juga sebaik-baik manusia,
 malah digelar sayyid al-Mursalin, iaitu penghulu
 segala Rasul. Baginda insan maksum dan bebas 
daripada sebarang bentuk dosa.
Walaupun dengan kedudukan sedemikian,
 Baginda tetap bersungguh-sungguh mengerjakan 
solat tahajud sehingga pecah tumit kakinya.
 Isterinya Aisyah r.a melihat sendiri kesungguhan 
luar biasa Baginda ini dan beliau hairan kenapa
 Rasulullah masih ingin bersusah payah melakukan
 ibadat itu sedangkan dia seorang yang dijamin syurga.
Kisah ini disampaikan Aisyah r.a sendiri dalam 
sebuah hadis: Sesungguhnya Nabi SAW
 mengerjakan solat malam hingga kedua tapak 
kakinya merekah. Aisyah berkata kepada Baginda:
 Mengapa engkau melakukan hal ini wahai
 Rasulullah, pada hal Allah mengampuni dosamu yang 
lalu dan yang akan datang? Baginda bersabda: 
Apakah aku tidak ingin menjadi hamba yang sangat
 bersyukur?” Hadis riwayat al-Bukhari.
Justeru, selepas dibandingkan amalan 
Rasulullah SAW ini dengan diri kita yang sentiasa
 bergelumang dengan dosa, mengapa kita
 tidak mahu bersungguh-sungguh melaksanakan 
solat tahajud? Adakah kita menganggap diri kita
 setanding atau lebih baik daripada Rasulullah SAW?
Allah mengurniakan pelbagai keutamaan besar
 bagi mereka yang melaksanakan solat tahajud.
 Mereka mengerjakan ibadat pada malam hari 
akan dikurniakan kedudukan terpuji di sisi 
Allah di akhirat kelak yakni menjadi ahli syurga

No comments:

Post a Comment