Tuesday 20 September 2011

lindungi la diri...insyaallah....



BENTENG PERTAHANAN DIRI, KELUARGA DAN HARTA BENDA

Ada lima jenis benteng pertahanan diri, keluarga dan harta benda yang boleh  diamalkan seperti berikut;

i.                  Al-Muawwizat
ii.                Ayatul Kursi
iii.             Ayat 1 hingga 9 Surah Yaasin
iv.             Ayat Berkubu
v.               Ayat Penggerak


1.0  AL-MUAWWIZAT (PELINDUNG-PELINDUNG)

BACAAN

            Al-Muawwizat iaitu;
1. Surah Al-Ikhlas
2. Surah Al-Falaq
3. Surah An-Naas


CARA

1.   Lunjurkan kaki ke arah Qiblat
2.   Mengangkat dua tangan seperti berdoa
3.   Baca ayat-ayat Muawwizat sehingga selesai (tidak termasuk membacaSurah Al-Fatihah)
4.   Tarik nafas kemudian tiup pada tapak tangan sehingga habis nafas
5.   Tarik sikit nafas kemudian tahan nafas sambil menyapu tapak tangankeseluruh   anggota badan yang boleh dicapai kecuali anggota sulit.
6.   Lakukan sekali sebelum tidur & selepas solat subuh setiap hari


2.0  AYATUL KURSI


CARA

1.    Baca Ayatul Kursi dengan 9 wakaf
2.    Untuk melindungi diri sendiri: selepas baca ayatul kursi tiup disekeliling mengikut pergerakan tawaf kaabah, dengan niat melindung diri.
3.    Untuk melindungi rumah: baca ayatul kursi sambil berjalan mengelilingi rumah (mengikut pergerakan seperti tawaf kaabah). Berjalan sama ada didalamatau diluar rumah.


3.0 AYAT  1 HINGGA 9 DALAM SURAH YAASIN

.
CARA

1.   Untuk memegar diri, keluarga dan harta benda
2.   Berdiri disatu penjuru rumah (katakan dihadapan rumah sebelah kanan)
Sambil menghadap penjuru rumah satu lagi iaitu dikiri rumah.Baca surahAl-
fatihah diikuti Surah Yaasin ayat 1~9. Sambil baca, sambil berjalanmenuju kepenjuru rumah  satu lagi.(Ikut arah Tawaf Kaabah).Baca kombinasi ini di setiap penjuru iaitu sampai bertemu penjuru yang mula-mula.Jumlahnya 4kali.
Akhir sekali baca kombinasi ini sambil mengisyarat
mendinding keseluruhan bumbung rumah.




CARA

1.   Berdiri menghadap kiblat (ke arah barat). Baca ayat ini kemudian tiupsehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.
2.   Pusing ke arah kiri (sekarang berdiri ke arah selatan), Baca ayat inikemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan kekiri.
3.   Lakukan perkara yang sama untuk arah timur dan utara
4.   Berpaling semula ke arah kiblat, baca lagi kemudian tiup kebawah sehingga habis nafas. Baca lagi kemudian tiup kearah atas sehingga habis nafas
5.   Akhir sekali (bacaan yangke.7), baca ayat ini kemudian tarik nafas dantahan nafas seberapa lama yang boleh kemudian hembus.


5.0  AYAT PENGERAK
 
CARA

1.   Bila hendak pergi kesesuatu tempat yang berisiko atau merbahaya, atau bermusafir atau balik kampung atau hendak membuat sesuatu perkerjaanyang berisiko atau  pulang kerumah daripada melakukan sesuatu perkerjaanyang berisiko, maka bacalah tujuh kali.
2.   Jika bacaan tersekat.sekat atau ada gangguan ketika membaca ayat ini,berehat  dahulu. Setelah berehat baca lagi sehingga tujuh kali bacaan lancarbaru teruskan perjalanan  atau perkerjaan tersebut.
.

No comments:

Post a Comment