Friday 19 August 2011

kebenaran yang tersembunyi...

manusia hari ini suka bersangka-sangka
ada sangkaan baik
ada sangkaan buruk
orang beribadah , disangka riak
orang yang relax , disangka malas
orang yang memakai baju baru , disangka menunjuk2
orang yang pakai baju buruk, disangka zuhud (hina)
orang yang makan banyak,  disangka pelahap
orang yang makan sedikit , disangka kedekut
orang baik , disangka buruk
orang yang buruk , disangka baik
orang senyum , disangka mengejek
orang masam , disangka merajuk
orang bermuzakarah , disangka mengumpat
orang diam , disangka sombong
orang menawan , disangka memakai susuk,
orang yang nampak ceria , disangka berlakon saja

mana tahu , yang diam itu berzikir kepada Allah ?
mana tahu , yang senyum itu kerana sedekah ?
mana tahu ,yang masam itu kerana mengenangkan dosa?
mana tahu , yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya?
mana tahu , yang ceria itu kerana cerdas dan cergasnya?
jauhi sikap suka bersangka-sangka

kerana ia bakal memusnahkan ukhwah
seperti musnahnya kayu dimakan api,
satu benda yang kita lihat ,
macam-2 kesimpulan yang kita boleh buat
apabila memandang ke luar tingkap,

Ada orang melihat pokok,
Ada orang melihat awan ,
Ada orang melihat jalan ,
Ada orang melihat burung-2 yang berterbangan dan macam2 lagi,

sedangkan SEMUA orang melihat dari tingkap yang sama

KESIMPULANNYA=
semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya
positif yang dilihat , positif lah yang kita dapat
sebaliknya , jika negatif yang ditengok , negatiflah jadinya
marilah kita bersama-2 betulkan penglihatan kita,
berbaik sangkalah sesama kita 
salam ceria buat semua

No comments:

Post a Comment